Saturday, July 25, 2009

Kehidupan....

KEHIDUPAN...KEHIDUPAN...KEHIDUPAN....

Hidup ini terlalu indah untuk ditafsirkan sama ada dengan ungkapan kata-kata mahupun fikiran yang logik...hanya insan yang benar-benar menghargai apa itu kehidupan sahaja dapat merasai nikmat kehidupan yang sebenar...kehidupan setiap insan yang dikurniakan dengan pelbagai perasaan...sayang..kasih..rindu...cinta...marah...benci...segalanya bergantung kepada setiap insan untuk mentafsirkannya...

Namun...begitu ramai insan yang tidak mengerti dan tidak menghargai kehidupan yang telah dikurniakan kepada mereka. Bagi mereka hidup ini adalah untuk bergembira, memuaskan nafsu, dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya... Fenomena-fenomena seperti inilah yang telah menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak sedap didengar...tidak elok di pandang..dan tidak enak dibual...
Terlalu ramai insan di dunia ini yang terjebak dengan kehidupan yang tidak sihat terutamanya kehidupan anak-anak remaja kini...mereka ibarat keliru dalam proses untuk mencari identiti diri mereka...mereka bingung dalam membuat pilihan dan keputusan sehinggakan memaksa mereka untuk hanya mengikut sahaja keadaan sekeliling... Fenomena inilah yang dikatakan "tersalah memilih kawan".
Anak-anak remaja yang terlalu mentah fikirannya tidak dapat memikirkan dan membezakan baik buruk dalam setiap tindakan mereka kerana bagi mereka berseronok adalah satu nikmat yang tidak terhingga yang tidak sepatutnya mereka lepaskan... Falsafah hidup mereka..."muda hanya sekali" inilah yang membuatkan mereka tidak melepaskan peluang untuk 'enjoy' habis-habisan...
Maka....terjadikan gejala yang tidak sihat yang melibatkan anak-anak remaja seperti lumba haram, hidu gam, hisap dadah, rogol, mengandung anak luar nikah dan sebagainya....
Dalam masalah ini siapakah yang harus dipersalahkan?
Adakah remaja?
Adakah ibu bapa?
Atau adakah pihak-pihak lain yang harus dipersalahkan?
Renung-renungkan...fikir-fikirkan....timang-timangkan.....


No comments:

Post a Comment