Sunday, September 13, 2009

Pregnant's Bananas


Pokok pisang mengandung ini kerap kali ditemui di Malaysia. Pokok pisang ini dipanggil pokok pisang mengandung kerana pokok ini tidak berbuah di batang, tetapi dalam gambar ni menunjukkan buah pisang tersebut tumbuh dari dalam perut pokok pisang itu sendiri.

Di sebalik kejadian ganjil pokok pisang mengandung ini terdapat unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang dapat dilihat pada pokok tersebut. Antara unsur-unsur seni yang dapat dilihat seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, dan warna. Terdapat pelbagai jenis garisan yang dapt dilihat pada pokok tersebut antaranya ialah garisan selari pada susunan buah-buah pisang dan daun pisang. Garisan-garisan selari ini telah menunjukkan prinsip keharmonian. Selain itu, terdapat juga garisan lurus, melengkung, tebal, nipis dan sebagainya. Kesemua garisan ini telah menunjukkan prinsip rekaan seperti keseimbangan, kesepakatan dan sebagainya.

Dari segi warna pula dapat kita lihat pokok pisang ini lebih kepada warna-warna sejuk iaitu hijau. Walaupun terdapat warna panas iaitu kuning, namun warna kuning tersebut mempunyai hue yang rendah menjadikan warna tersebut kelihatan sejuk. Begitu juga dengan warna coklat yang menpunyai hue yang rendah.


No comments:

Post a Comment